29 May 2013

Ladybug

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Ni bukan tutorial, ni semata nak tunjuk hasil kerja.
Kalau nak beli yang dah siap pun boleh sebab ni ready stock. Rajin-rajinkan tangan anda untuk menaip email/komen atau nak senang lagi terus ke page Preternatural Touch di Facebook.
Kami dah joint venture untuk certain produk kami dengan mereka.
Buat masa sekarang kami langsung tak bercadang nak buat page/fb/twitter official kami sebab tak menang tangan nak handle. 
Banyak order tertangguh.. =P

Ni bukan tutorial cuma nak cakap, untuk buat bug ni korang perlukan :

  1. Paper yang telah di shred / paper strips warna merah (badan),
     hitam (kepala,jalur dan polka), putih (mata)
  2. Gam




Paper yang telah di trimm/shredd. 
Yang ni je kami tak jual termasuk rumah,kereta kami pun kami tak jual.
Boleh cari online banyak yang jual paper strip ni.
Harga pun banyak level, bijak memilih ye.
Yang ada shredder tu tak ada masalah la.
Kalau ada juga masalah,tu namanya malas.. =P





Guna 7 strip. Putar lagi dan lagi.
Lepas tu gam hujung. Ok setel, Biar kertas tadi rehat sebentar.
Bila dah kering, perlahan-lahan tolak dengan ibu jari. *ni bergantung korang nak buat bug besar mana.
Kalau bug besar, tolak dengan ibu jari atau hujung senduk.
Tapi pastikan korang letak balik lepas guna tu kat dapur.
Karang esok sawan mak korang tengok senduk pusaka dia hilang.
Dah pulak jadi masalah...~~~

Tapi kalau kecil,tolak pakai hujung jarum peniti yang ada kepala tu..
Aaaa...aaaa...yang ada kepala warna-warni tu.
Kalau tak ada, cuba korang cari kat kakak korang yang suka pakai shawl.

Kalau tak ada juga,pergi beli la. Apa lagi.
Bukan semua datang bergolek pun.
Heaven!




Siap masuk la plastik. Karang ada pulak binatang berbulu perangai kalah beruk datang gigit-gigit.
Hilang satu, riuh rumah!
Jumpa-jumpa celah almari.
Perghh...hapak dowh!!!

Tak ah,tu saja je cerita.


Nak cakap I : cuba cari tutorial lengkap,Google ok?

Nak cakap II : selamat mencuba

Tutorial Paper Roses

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Taraaa...show-off time!
Born to show-off punya pasal. Memanglah kami tu.
Ok now, kita straight ke gambar dibawah tu.

v
v
v
v
v





Ambil kertas yang tak nipis dan tak terlalu tebal. Potong~~
Heaven siapa ada pemotong yang guna dies atau macam printer tu. Kalau tak tahu? Google sendiri,jangan malas.

*Note : Nampak tak hujung sekali tu? Tu budnya. Untuk letak tengah-tengah bunga. Yang tu kena buat cermat sikit sebab kecomellannya menyumbang kepada kecomellan bunga ros anda nanti.



Ni part paling best sebab tiba-tiba rasa mual nak muntah duk hadap kertas-kertas ni. Kami potong manual so logik la nak muntah, ye dak?? Sekarang ni kami duk cari puncher 5 petal macam bunga ni. Ada tahu kat mana-mana jual? 

Ye..ye..sambung~
Buat 5 petal macam tu banyak-banyak dan letak la dalam bekas. Susun betul-betul jangan kasi semak, nanti mood malas mudah singgah.





Ambil styrofoam, lapik. Sebab proses selanjutnya adalah membayangkan kertas tadi tu trampolin anda.
Sebab tu awal-awal tadi cakap kertas yang tak terlalu nipis atas terlalu tebal. Sebabnya nak bentukkan kertas tu.
Nampak tak motif kat situ? Nampak tak.....



Bentukkan sehingga jadi melengkung macam ni sekali.
Bak kata one of our group member, nak biar jadi 'kripuk..kripukk".
Ibarat bunga yang dah gugur dari pokok dah.
Ok selagi tak jadi..buat lagi..tekan lagi.
Tekan tengah..tekan tepi...tengah pulak..
Ulang sampai mengantuk.




Tekan dengan alternative tools sudah. Tengok atas saiz bunga yang korang potong tu.
Ni hujung berus water colour (warna hitam) , dan yang steel tu hujung tools mengait.
Nak ulang lagi tak ayat ni.... "jangan susahkan". Nak je rasa ulang banyak kali hingga korang annoyed.
Haha..


Kalau bunga saiz besar sangat,guna tukul ahh..




Ok dan lepas siap tekan-tekan tu..
Ambil bud tadi letak tengah. Ambil sekeping lagi lekatkan sekali dengan bud. Teruskan langkah-langkah yang sama hingga korang rasa bunga korang tu cukup sifat bunga. Selagi rasa tak cukup, selagi tu jangan berhenti.




End product/outcome akan kelihatan sebegini dan jika korang dah arif mungkin lagi cantik dari ni pun ada.
Bagi kami,kami dah cukup puas hati untuk end product kami.
Tak sangka tangan keras lelaki pun boleh buat.


Nak cakap I : kalau tak faham boleh tengok di YouTube juga sebab rasanya tutorial tak lengkap.

Nak cakap II : saja cakap kat sini boleh tengok di YouTube, sebab nak suruh korang baca dulu yang kami taip ni.

Nak cakap III : selamat mencuba.

Pop-Up-Card (Qysya Amalyn)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Setelah sekian lama menyepi kini Ammara Ahwaz muncul kembali dengan beberapa projek kertas. Macam biasa,Ammara Ahwaz masih newbie so sebarang komen membina kami terima dengan rasa terbuka.

Ok jom terjah serba sedikit projek ready-stock dari Ammara Ahwaz. Sebelum tu, sorry again sebab belum lagi upload frame gambar. Dah siap cuma belum watermark dan tak sampai masa lagi nak dimuat naik. 

v
v
v
v



"Bunga bukan sekuntum..kumbang jugak yang sekor"



Kenapa projek ready stock?
Sebabnya bunga mawar dan bug tu dah pun Ammara Ahwaz siapkan banyak-banyak sebelum dapat tempahan kad ni.
Bunga tu Ammara Ahwaz tengok tutorial di YouTube dan bug tu pula ada tutorial di pinterest.com.
Macam yang Ammara Ahwaz selalu kata, jangan susahkan kerja anda. Diluar sana banyak reference yang dapat digunakan. Gunakan seeloknya. Jangan la sekadar copy dan paste ke entry korang tanpa korang buat sebarang perubahan atau mencuba. Tu dah jatuh kepada status suka meng'copy dah. 




Ammara Ahwaz membawa konsep girly untuk kad ni. Disebabkan kad ni untuk newborn lil-princess so nak la buat salah satu watak dalam cerita bedtime stories yang selalu mummy-mummy cerita untuk anak mereka. Watak pilihan Ammara Ahwaz adalah Cinderella.
Melambangkan seorang gadis yang cekal dan sabar. Kerana kesabarannya, dia mendapat ganjaran yang sangat diluar jangkaan. Maka berbahagialah dia dengan Puteranya hingga akhir hayat. 
Hold peeps...hold..ni bukan segmen cerita kanak-kanak. Ini selingan.

Cinderella - pumpkin 
So untuk baby kami memilih pumpkin carriage. Same function dengan crib cuma kami imagine bentuknya cantik sikit.
So hasilnya diatas ni la.
Kami print template (boleh search video di YouTube juga). Macam korang tahu la, kami masih newbie. Untuk kami cipta memang belum sampai masa lagi. Buat masa sekarang,kami memilih untuk menikmati benda sedia ada dan ditambah perisa dengan idea tambahan kami sendiri.


Kad ini selamat diserahkan kepada Preternatural Touch untuk attach sekali dengan hadiah untuk lil-princess yang bernama Qysya Amalyn. Semoga Qysya menjadi anak harapan keluarga dan berjaya di dunia dan akhirat. Berbakti untuk kedua ibu bapanya,menjadi anak solehah dan seterusnya seorang isteri yang mampu mendidik anak-anaknya dan menjaga suaminya dengan baik. Lambat lagi? Ye lambat lagi, ini doa dan harapan..semua ibu bapa mahu yang terbaik. 

*grin 

Sampai disini dulu. Salam istirehat.. =)

Nak cakap I : agak-agak rajin ke lepas ni nak upload frame? Nak bagi masa berapa lama untuk kami upload? Seminggu? =)

Nak cakap II : buat dengan ikhlas,walaupun hasil kita tidak sehebat hasil si expert tetapi bila ikhlas..si penerima pun akan terima dengan senyuman.

Nak cakap III : mulakan dan akhiri dengan bismillahirrahmanirrahim. Niat buat semua kerja baik kerana Allah S.W.T...insya-Allah berkat.