28 Aug 2013

Tutorial : Paper Rose

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua kawan-kawan dan yang mengenali diri ini. Maaf zahir dan batin.

Kali ni kitorang buat entry tutorial untuk Bunga Ros Kertas. Hari tu dah tunjuk tapi ni lagi detail la. Tapi atas penerangan jugak kan nak tahu detail ke tak. Nasib korang dapat aku sebagai tukang update entry tak pandai nak susun ayat ni. 

Kita mulakan..

 Tools :-

Hot Glue Gun
 Pertama sekali sediakan bahan pelekat. Kami gunakan hot glue , tapi korang nak guna gam lain pun tak apa asalkan kuat dan x terbuka nanti gulungan korang.

Gunting,Hook(Jarum Kait),Penyepit
 Bahan lain seperti untuk menggunting, barang nak pegang kertas tu dan juga apa jelah jenis barang yang korang rasa perlu tu korang adakan la.

Berus mewarna
 Selain dari barang-barang diatas, korang juga perlukan satu barang atau tools yang hujungnya bulat. Ni untuk proses tekan menekan sampai tertekan nanti.

Bahan Mentah :-

5 petal x 5 set
 Part ni bagi aku agak remeh sedikit kecuali korang guna auto cut macam printer tu ke atau ada mesin siap potong. Yang ni by hand ye, jadi nampak la belok sikit. Buat bunga 5 kelopak macam dalam gambar tu banyak-banyak. Sekuntum bunga perlukan 5 keping bunga macam dalam gambar.

Langkah-Langkah :-

Upper Part = a (bud) + b (2nd layer covering the bud)
Middle Part = c (3rd layer covering a & b)
Ok seterusnya ambil tools tadi yang korang rasa cukup fit untuk membuat gulungan seperti dalam gambar. Buat di setiap kelopak tu hingga tergulung macam dalam gambar tu juga.
Ya sekarang proses paling senang sepanjang proses nak buat bunga ros kertas ni. Tekan-tekan hingga jiwa tertekan. Tekan atas polystyrene foam tu , lapik la kalau nak lapik tuala atau kain ke. Tu tak wajib pun. Ok so mula tekan pada bahagian tengah sahaja hingga...

jadi macam ni. Separa terkatup gitu..


Ok kat sini tengok gambar bawah dulu (yang muncung glue gun menghala ke kertas). Ok letak gam di situ dan juga satu kelopak lagi dan cantumkan tekan dengan jari bagi betul-betul lekat. Boleh refer gambar bawah ni..

 Selepas korang gam 2 kelopak, akan ada baki 3 kelopak lagi kan? Jadi, gamkan satu persatu kelopak yang berbaki supaya menjadi seperti gambar diatas ni. Dapat? Pandai...


Selepas selesai gam,mcm ni la rupa 'a' atau pun 'bud'.Senang cakap inti si bunga ni ha..

 Ambil keping 'b' dan tekan atas foam menggunakan hujung berus warna tapi x perlu gulung kelopak terlebih dahulu.Hujung berus warna yang paling sesuai digunakan untuk kerja ni sbb hujung dia lebih tirus ya'll. Hanya tekan di sekeliling sahaja hingga hujung sedikit berkedut mcm org tua kerepot.Teknik yang sama boleh diguna pakai pada keping 'c' & 'd'.Paham?Ok,bgs..

 Ni rupa keping 'a' bersama keping 'b' yang dah di tonyoh manje oleh berus warna tadi dan keping 'c' yang masih belum bermanja dengan berus warna.Nak bagi korang nampak bezanye la..

 Nampak x kelopak tu ditekan kat tengah?Itu untuk biar dia melengkung and lebih nampak natural bila dah jadi bunga nanti.Mana ade kelopak bunga nampak keras.Dek kerana kita buat bunga ni guna kertas,jadi teknik ni digunakan untuk 'kononnya' nk bg nampak effect natural tu..

 Langkah yang sama boleh di ulang sampai muntah pada keping 'b' , 'c' dan 'd'.Selamat la mencuba sampai lenguh ye?Kalau xmuntah kiranya daya ketahanan korang sgt tinggi.Maka mmg blh la buat byk lg.hahaha...

Sekarang dah boleh gam keping 'a' terus kat tengah keping 'b'.

 Nak gam keping 'b' menutupi keping 'a',pastikan tiap keping kelopak saling bertindan mcm dalam gambar,Jelas kan?

 Sebelum tiap kelopak di gam,nak bg effect lebih real,tiap bahagian kelopak yang tertindan di luar boleh korang gulungkan sedikit guna hook(jarum kait).Batangnya lebih kecil klu dibanding dengan berus warna.

Dah selesai segala effect untuk menjayakan bunga ni nampak 'real' gitu,boleh la di gam tiap kelopak satu persatu.

 Ni lah rupanya bile dah di gam dengan elok keping 'a' dan 'b'.

 Sebelum korang jadi makin pening,ni ade gambar  mengikut turutan dari 'a' sampai 'e'.So,take note elok-elok untuk mengelakkan korang pening langau atau keliru.

 Dan masa yang dinantikan,Upper Part + Middle Part.Selesai dah satu bahagian.Senang je kan?Just follow je,gitu..

Bottom Part = d (4th layer)  + e (5th layer)
 Disebabkan kite dah pun selesaikan keping 'd' menggunakan teknik yang dah kita guna pada keping 'b' dan 'c'.Kita boleh pergi terus kepada keping 'e'.Tu bukan gunting ye.Tu pengepit.Kita kepit dan pusing sikit setiap kelopak pada keping 'e' untuk bagi effect kelopak bunga terakhir.

 Selesai korang kepit dan pusing,picit la manje menggunakan tangan korang yang mulus tu.Orang kata,kalau sentuhan tu penuh kasih sayang,cantik hasilnya.Orang kata,aku cakap je.Haha..

 Sekarang korang blh gam keping 'd' di tengah keping 'e' mcm dlm gambar.

 Untuk memberi effect atau kesan yang lebih natural,keping 'd' ni kita kepit sambil gulung manje menggunakan pengepit.Klu x de pengepit,gulung dengan hook(jarum kait) pun boleh.Seperti biasa,jangan susahkan benda senang.


Final Touch
 Satukan Upper Part (a,b,c) + Bottom Part (d,e)

 Akhir sekali bunga korang pun menjadi.
 Taraaaa...

Dapat tak? 

Harap dapat ye.

Kesian korang dapat tukang ngajar macam aku. Berbelit dah hah.


Nota : Chaiyok!!

19 Aug 2013

Simple Pop Up Card : Kad Hari Raya


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Disebabkan job aku banyak jadi hal lain-lain  aku serah kepada kembar aku yang rajin , kreatif lagi bijaksana. Aku focus writing dan juga lab. Tapi bila lewat-lewat balik tu nampak barang-barang ada depan mata jadi keinginan tu timbul la. Fikir punya fikir aku pun buat la kad.

Tanya di g+ siapa nak kad Hari Raya dari aku. Ada la 3 sahabat yang cantik jelita ni nak. Terharu tau!!!
Ada jugak yang nak hasil keras tangan aku ni. Tapi bila dapat tahu kad mereka lewat sampai, aku dah 50/50 dah fikir rupa kad tu bila sampai. Keronyok ke apa. Sebabnya aku suruh kawan baik aku yang poskan. 

Mentang-mentang aku kata nak mengembalikan zaman klasik dulu kala dimana orang tengah main kad raya, dia pun punya la klasik pos pakai stem je. Bagusss kawan aku ni. ^_^







Ni je rupa depan kad tu . Aku buat beberapa keping je. Tepi-tepi tu pakai puncher je.
Cheq tak berseni pun.




Ni bahagian dalam kad. Mula-mula fikir nak macam ada batang bunga api tu tapi disebabkan tahap kesedaran dan kewarasan diri tu tinggi lagi jadi aku pun buat macam ni lah. Bintang-bintang.







Ni detailnya lah. Depan tu aku print je. Yang penting ikhlas babe!! Haha


Ok sampai disini sahaja, thanks tau korang. Sayang ketad-ketad. <3

Yang tak tahu tu, sorry la aku ada medium g+ je sekarang ni yang aktif untuk reach. Lain kali pulak ok? ;)

Card : Special Request



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Macam biasa la bila musim Hari Raya ada juga request nak suruh AA buatkan kad untuk mereka. Bukan sahaja kad untuk kahwin , birthday , Eid pun ada kad jugak. Ok kali ni untuk TWINTECH International University College of Technology. Siap dua minggu nak raya tapi sampai ke tangan tukang request tu seminggu nak raya. Bukan apa, terlupa nak bagi.

Background hitam dan di punch tengah-tengah bulat untuk kami menampakkan business card si penghantar. Sambil-sambil promote jugak la ni kan? Cehh...dan-dan je.















Kad kali ni sangat banyak main dengan puncher je. Dan warna pun tak jauh lari sebabnya kawan ni nak warna hitam + gold + warna yang masuk dengan warna business card dia la. 

Ok so settle dah. Dah inform awal-awal dah kitorang newbie so kalau tak cantik tu memang dah dapat agak. Kalau kena tekak tu bonus la kan boss? 

Terima kasih ye korang. <3