16 Sept 2013

Tips : Cutter Blades

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Hari ni kita akn cerita pasal mata pisau.Ye la,kalau mata pisau dah tumpul,memang x ade sebab untuk kenapa kita nak simpan,kan?



Ni antara mata pisau yang kita selalu jumpe kat kedai stationary.Mata pisau yang kalau tumpul,kita boleh patahkan dan buang.Tapi jenis ni kalau kita nak potong design yang halus,agak jenuh.Jadi,solution dia,sila jenguk bawah.




Mata pisau ni lebih sikit condongnye dari gambar di atas.Bagi memudahkan kerja,dinasihatkan beli lah mata pisau jenis ni.

Harga mata pisau yang 1st mau pun y 2nd,tidak lah mahal sampai menggigil.1 paket mengandungi 5 bilah mata pisau,dengan range harga RM 1.20 hingga RM 2.50 ikut tempat.

Nota : Jenis yang berbeza boleh bagi result yang berbeza,kalau nak tau,cuba sendiri. :D
 

9 Sept 2013

Tips : Pisau (Cutter)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Ihsan Incik Goole
 Pernah dengar x crafter cutter?Kalau x pernah kat sini dah sediakan contoh.Ok,bagi sesiapa yang baru berjinak-jinak dengan kraft,korang x semestinya kena buat hukum wajib beli.Mula dengan budget yang sesuai dengan poket,okayh?Simple kan?



Ini adalah cutter yang aku guna untuk mejoriti kerja-kerja dalam Ammara Ahwaz.

Tips 1 : Pilih cutter yang sesuai dengan kerja yang hendak kita lakukan.Aku nasihatkan beli la yang saiznye kecik sedikit sebab pisau yang 2kali ganda dari saiz ni,besar dan susah nak memotong benda halus.

Tips 2 : Beli mengikut keperluan,bukan ikut mana lagi cantik.Siapa pulak kata lagi cantik lebih elok?

Tips 3 : Beli ikut budget.Tak perlu dikejar kan terus yang mahal.

Nota : Asal korang jangan buat kerja beli pisau yang harga 20sen atau 50sen.Kurang selamat untuk mereka yang masih belum biasa bermain dengan cutter kerana matanya x boleh dilaras.Silap2,jari jadi makanannya.Good luck guys!


2 Sept 2013

Tips : Multi Purpose Glue

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Kali ni,aku nak share sedikit tips mengikut keselesaan aku.Bagi sesetengah crafter,mereka lebih gemar gunakan gam Elmers
Ihsan Incik Google
 Tapi untuk aku,apa sahaja yang mudah aku capai kat mana-mana,benda tu dah cukup.

 Gam serbaguna ni memang terkenal dengan teksturnya yang pekat likat dan kurang harum.Pada kebiasaannya bila hendak digunakan pada permukaan yang besar,kita terpaksa menggunakannya dengan banyak.Nak sapu pun likat semacam dah ha..

 Tips mudah adalah:-

a) Sediakan 1 bekas yang bertutup untuk mengelak gam ni dari kering free.

b) 2/3 bahagian gam + 1/3 bahagian air.(ikut saiz bekas simpanan kita tu la)

c) Kacau pun boleh,goncang pun boleh.Asalkan sebati.

d) Pastikan selepas guna,tutup rapi.Jadi kita boleh guna banyak kali tanpa membazir.

Gam ni akan jadi kurang likat,tapi tak bermakna kurang melekat.Okayh?


Nota:Selamat mencuba,aku cuma kongsi apa yang aku rasa mudah :D