Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua kawan-kawan dan yang mengenali diri ini. Maaf zahir dan batin.
Kali
ni kitorang buat entry tutorial untuk Bunga Ros Kertas. Hari tu dah
tunjuk tapi ni lagi detail la. Tapi atas penerangan jugak kan nak tahu
detail ke tak. Nasib korang dapat aku sebagai tukang update entry tak
pandai nak susun ayat ni.
Kita mulakan..
Tools :-
![]() |
Hot Glue Gun |
Pertama sekali sediakan bahan pelekat. Kami gunakan hot glue , tapi
korang nak guna gam lain pun tak apa asalkan kuat dan x terbuka nanti
gulungan korang.
![]() |
Gunting,Hook(Jarum Kait),Penyepit |
Bahan lain seperti untuk menggunting, barang nak pegang kertas tu dan
juga apa jelah jenis barang yang korang rasa perlu tu korang adakan la.
![]() |
Berus mewarna |
Selain dari barang-barang diatas, korang juga perlukan satu barang atau
tools yang hujungnya bulat. Ni untuk proses tekan menekan sampai
tertekan nanti.
Bahan Mentah :-
![]() |
5 petal x 5 set |
Part ni bagi aku agak remeh sedikit kecuali korang guna auto cut macam
printer tu ke atau ada mesin siap potong. Yang ni by hand ye, jadi
nampak la belok sikit. Buat bunga 5 kelopak macam dalam gambar tu
banyak-banyak. Sekuntum bunga perlukan 5 keping bunga macam dalam
gambar.
Langkah-Langkah :-
Upper Part = a (bud) + b (2nd layer covering the bud)
Middle Part = c (3rd layer covering a & b)
Ok seterusnya ambil tools tadi yang korang rasa cukup fit untuk membuat
gulungan seperti dalam gambar. Buat di setiap kelopak tu hingga
tergulung macam dalam gambar tu juga.
Ya
sekarang proses paling senang sepanjang proses nak buat bunga ros
kertas ni. Tekan-tekan hingga jiwa tertekan. Tekan atas polystyrene foam
tu , lapik la kalau nak lapik tuala atau kain ke. Tu tak wajib pun. Ok
so mula tekan pada bahagian tengah sahaja hingga...
jadi macam ni. Separa terkatup gitu..
Ok kat sini tengok gambar bawah dulu (yang muncung glue gun menghala ke
kertas). Ok letak gam di situ dan juga satu kelopak lagi dan cantumkan
tekan dengan jari bagi betul-betul lekat. Boleh refer gambar bawah ni..
Selepas korang gam 2 kelopak, akan ada baki 3 kelopak lagi kan? Jadi,
gamkan satu persatu kelopak yang berbaki supaya menjadi seperti gambar
diatas ni. Dapat? Pandai...
Selepas selesai gam,mcm ni la rupa 'a' atau pun 'bud'.Senang cakap inti si bunga ni ha..
Ambil keping 'b' dan tekan atas foam menggunakan hujung berus warna tapi x perlu gulung kelopak
terlebih dahulu.Hujung berus warna yang paling sesuai digunakan untuk kerja ni sbb hujung dia lebih tirus ya'll. Hanya tekan di sekeliling sahaja hingga hujung sedikit berkedut mcm org tua kerepot.Teknik yang sama boleh diguna pakai pada keping 'c' & 'd'.Paham?Ok,bgs..
Ni rupa keping 'a' bersama keping 'b' yang dah di tonyoh manje oleh berus warna tadi dan keping 'c' yang masih belum bermanja dengan berus warna.Nak bagi korang nampak bezanye la..
Nampak x kelopak tu ditekan kat tengah?Itu untuk biar dia melengkung and lebih nampak natural bila dah jadi bunga nanti.Mana ade kelopak bunga nampak keras.Dek kerana kita buat bunga ni guna kertas,jadi teknik ni digunakan untuk 'kononnya' nk bg nampak effect natural tu..
Langkah yang sama boleh di ulang sampai muntah pada keping 'b' , 'c' dan 'd'.Selamat la mencuba sampai lenguh ye?Kalau xmuntah kiranya daya ketahanan korang sgt tinggi.Maka mmg blh la buat byk lg.hahaha...
Sekarang dah boleh gam keping 'a' terus kat tengah keping 'b'.
Nak gam keping 'b' menutupi keping 'a',pastikan tiap keping kelopak saling bertindan mcm dalam gambar,Jelas kan?
Sebelum tiap kelopak di gam,nak bg effect lebih real,tiap bahagian kelopak yang tertindan di luar boleh korang gulungkan sedikit guna hook(jarum kait).Batangnya lebih kecil klu dibanding dengan berus warna.
Dah selesai segala effect untuk menjayakan bunga ni nampak 'real' gitu,boleh la di gam tiap kelopak satu persatu.
Ni lah rupanya bile dah di gam dengan elok keping 'a' dan 'b'.
Sebelum korang jadi makin pening,ni ade gambar mengikut turutan dari 'a' sampai 'e'.So,take note elok-elok untuk mengelakkan korang pening langau atau keliru.
Dan masa yang dinantikan,Upper Part + Middle Part.Selesai dah satu bahagian.Senang je kan?Just follow je,gitu..
Bottom Part = d (4th layer) + e (5th layer)
Disebabkan kite dah pun selesaikan keping 'd' menggunakan teknik yang dah kita guna pada keping 'b' dan 'c'.Kita boleh pergi terus kepada keping 'e'.Tu bukan gunting ye.Tu pengepit.Kita kepit dan pusing sikit setiap kelopak pada keping 'e' untuk bagi effect kelopak bunga terakhir.
Selesai korang kepit dan pusing,picit la manje menggunakan tangan korang yang mulus tu.Orang kata,kalau sentuhan tu penuh kasih sayang,cantik hasilnya.Orang kata,aku cakap je.Haha..
Sekarang korang blh gam keping 'd' di tengah keping 'e' mcm dlm gambar.
Untuk memberi effect atau kesan yang lebih natural,keping 'd' ni kita kepit sambil gulung manje menggunakan pengepit.Klu x de pengepit,gulung dengan hook(jarum kait) pun boleh.Seperti biasa,jangan susahkan benda senang.
Final Touch
Satukan Upper Part (a,b,c) + Bottom Part (d,e)
Akhir sekali bunga korang pun menjadi.
Taraaaa...
Dapat tak?
Harap dapat ye.
Kesian korang dapat tukang ngajar macam aku. Berbelit dah hah.
Nota : Chaiyok!!