23 Nov 2013

Tutorial:Quilling Ball (Bookmark)


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Tengah tak ada kerja ni, so kita up tutorial la eh. Hari ni tutorial bola kertas. Bebola dari paper strip yang dah shredd. Kalau bola kertas biasa tu, korang ambil kertas gumpal-gumpal pun dah boleh jadi bola. =P

Bahan-bahan yang diperlukan :

- Paper strips
- Gam


Ok dah, jom mula.


Ambil paper strip ni, dan gulung kemas. Siap satu paper strips, ambil strips lain dan tindan sehingga menjadi sekeping besar (mula nak berbelit dah)






Buat banyak-banyak terus. 
1 bola perlukan dua keping besar ni ye.
Untuk saiz bebola yang AA buat ni, AA guna 13 paper strips untuk sekeping besar. 




Kemudian, cari apa-apa barang yang hujungnya membulat. So korang boleh guna untuk tolak kepingan tadi membentuk melengkung macam dalam gambar. Boleh juga guna jari tapi kalau ibu jari tu kecil, korang batalkan jelah niat suci murni tu. 

Lepas tolak kedua-dua belah keping , korang pun letak la gam di permukaan bawah dan cantumkan membentuk sebiji bola.

Siap? Dapat? Hah sesat?! Ulang baca balik..





Lepas siap boleh la buat final touch-up macam punch bentuk2 comel untuk dilekatkan ke.
Ni suka hati korang, atas kreativiti korang.
Macam-macam mana pun boleh.

Then korang spray la clear or letak sealant ke nak bagi kalis air dan keras. Tak la cepat rosak kan.





Hari tu buat benda ni untuk gantung pada hujung penanda buku.
So AA cucuk masuk besi-besi ni (hook eye? entah apa nama..) untuk gantung.
Ni saja-saja je ye, sebab tutorial bebola dah pun berakhir pada gambar atas tadi.



Ok, masuk riben semua dan gantung pada penanda buku. 
Penanda buku ni korang boleh dapatkan tutorial DISINI .





Bookmark ni dah pun selamat sampai ke tangan tuannya.
Harap-harap puas hati la ye Cik Penulis.
AA doakan Cik Penulis berjaya di dunia dan juga akhirat.




Sampai disini saja ye.
Jumpa lagi pada entry yang akan datang.
Sayonara =D

16 Nov 2013

Tutorial:Kusudama Flower (Bookmark)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Kusudama? Apa tu?


Perkataan itu sendiri adalah gabungan dua perkataan Jepun iaitu Kusuri bermaksud perubatan, dan Tama pula membawa maksud bola. Kusudama ni berasal dari budaya Jepun purba, dahulunya benda ni digunakan untuk kemenyan dan potpourri, mungkin asalnya yang sebenar tandan bunga atau herba. Tapi sekarang ni orang buat hiasan ataupun sebagai tanda kenang-kenangan. (Cilok di Wiki dan olah sedikit)

Kalau kita ni, sebut je bunga origami, tau je. Cuma pattern jelah berlainan. *Mula nak berbelit dah ayat, tengah distracted. =.="

Bahan-bahan :

- Kertas ikut suka warna apa
- Gam
- Pembaris
- Gunting / cutter

* Juga diperlukan banyak kesabaran.



So ikut ukuran yang korang suka. More inch or cm will produce bigger size. Tapi bigger size tak berapa cun kot. 

Mula-mula buat segi empat tepat.
Kemudian lipat dua, jadikan bentuk segi tiga.



Siap part atas. Untuk memudahkan pula, posisikan kertas korang macam dalam gambar. Segi tiga.



Lipat seperti dalam gambar. So kertas korang akan jadi mini segi empat tepat.





Part ni kalau AA tak terangkan rasanya faham tak?
Sebab AA tak reti nak terangkan.

Erm.. Gambar atas tu, bahagian terlipat tu "terkangkang" kan? Soguna jari mulus lagi runcing korang tu, tolak bahagian garisan berlipat kebawah. (Faham ke tak eh? Kesian korang T_T )

Bagi jadi macam dalam gambar ni.





Hujung tajam tu, lipat turun ke bawah.
Macam dalam gambar.



Lepas lipat kebawah, lipat dua pulak macam dalam gambar tu jugak.
Rasanya aku tak perlu taip,korang faham kan? Kan?
Pandai... =)



Gulung dan gamkan.
Jadi satu kelopak.
Buat 5 kelopak, standard bunga.






Cukup 5 kelopak, maka korang pun cantumkan la. Jadi bunga! Haha..suka dah bila hasil mula nampak. Ada yang dah lenguh menggulung kelopak ke?
Sesungguhnya ini kerja orang yang takde kerja. Haha





Side view 





Ingat tak tempoh hari AA ada update bookmark? 
Siapa tak ingat dia nyanyuk..
Hoho.. 





Ni contoh bookmark tu digunakan. Nampak dah? 
Haa gini la..jenuh.





Bila bergabung macam ni, nampak macam bola pulak dah kan. Cuma Kusudama Ball (macam pelik je jamak perkataan bola, Kusudama pun dah bawa erti medicine ball dah). 



Ni AA jadikan car charm. AA cucuk Kusudama dengan lidi,bawah tu bebola dari paper strip. Dan tambah reben. Terbuat lebih paper strip ball dan Kusudama.



Sampai disini saja. Tak jelas tutor ni, boleh refer YouTube. 
Chaiyok!!!
Buat dengan sabar, kalau tak karang ada yang pakai baju lengan panjang ikat belakang. =)

Ok la, AA chow dulu. Naik kematu dah rasanya duduk je. Tata.

9 Nov 2013

Tutorial:Top Angle Bookmark

Assalamualaikum w.b.t.

Hey..hey..wale..wale... *mood Deepavali masih ada, happy semacam pulak nampaknya. Seram pun hadoo!
Ok, rindu berjuta-juta lemon dah nak update walaupun rasanya blog ni takde yang singgah pun. Kelas kau AA, bajet retis dan takde yang nak marah.. yang annoyed ramai. Haha.

Ok hari ni nak update pasal bookmark. *terang tang..tang kat title tu ada kan.

Jom mula. 

####


Sediakan bahan-bahannya : (Basic)

- Kertas A4 dengan warna pilihan korang.
- Cutter
- Pembaris
- Gam


Untuk ambil saiz A4 rasanya too big. Ingat... kita nak buat penanda hujung buku bukan nak buat topi bang/kak/dik =P .

So buat segi empat tepat, ukur 12 cm tepi..tepi..tepi...tepi. 
Siap? 





Seterusnya, potong dua macam dalam gambar di bawah. Jadilah segi tiga pulak.
Siap?

 



Untuk memudahkan korang, tengah-tengah segi tiga tu buat tanda sikit.
Ini kerana korang kena buat segi empat di tengah-tengah tu (refer gambarsegi 3 belum berlipat. Nampak tak ada bekas karbon pensel tu?)
Dan lipatlah jadi macam dalam gambar yang dah berlipat tu.
Siap?






Kemudian, part seterusnya ni tak wajib. Kenapa dikatakan x wajib? Sebabnya kalau korang tak nak potong takpe, nak potong pun takpe. Kalau potong, ini bermakna bila korang guna bookmark ni nanti, hujung kertas buku korang tu still korang nampak. Kalau tak potong maknanya kertas muka surat tu keseluruhannya ada di dalam bookmark tu.

Ok, untuk design kali ni AA potong sebabnya hati AA terdetik yang kertas tu minta dipotong. *Eh..eh boleh pulak..



Ok,kalau potong jadi macam ni. 
Potong mencuram sedikit.






Kertas putih bahagian luar tu sampingan yang AA guna puncher penjuru. So nampak la design sedikit.
Ni tak wajib ok. 
Boleh juga korang ambil paper strip dan tampal, so jadi la berbelang.
Ikut kretiviti korang. Sebabnya base wajib dah pun korang dapat.
Cumanya pada part atas sekali tu (refer gambar : kertas warna putih), korang jangan gam seluruh. Gam bahagian tepi ke bawah je. Sebab kertas putih tu nanti korang akan guna untuk selit kertas buku tu. 
*Ayat berbelit la..ala...macam pelik je..macam pelik je...





Ni sedikit penambahan yang AA buat.
So bahagian ada reben tu adalah part kertas muka surat buku tu akan terkeluar.

Siap!!




Sebenarnya AA kesian dekat korang. Sebab baca tutorial yang memeningkan. Tapi apapun,tahniah sebab tahan sabar dan tahan jiwa. =.="


Terima kasih




7 Nov 2013

Tutorial : Hexagonal High Box (Custom Made for Preternatural Touch)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Hexagon bersamaan dgn 6 bahagian dgn saiz y sama.

Ditebuk supaya isi di dalam kotak dapat dilihat.Seksi la kalau nampak sikit-sikit ni.

 6 bahagian y sama besar tadi dipotong separa.Maksudnya,mounting board ni tidak dipotong sampai putus.Mudah sikit kerja nak mencantum dan dlm masa y sama dpt memastikan kotak lebih kukuh.

Ada 3 hexagonal piece kat sini:-
1st) Kepingan yang x ditebuk tu merupakan tapak.
2nd) Kepingan ditebuk segi empat tepat pula merupakan holder kpd botol y bakal diletakkan di dalam kotak kelak.
3rd) Kepingan yang ada lubang bulat pulak,top holder botol tersebut.

Kenapa?Why?Simple,bile kite buat kotak untuk barang yang mudah pecah atau fragile,detail yang sebegini mungkin dpt menyelamatkan barang kita dari rosak.Madam and Mister Posto,bukan reti cermat,sekali dia hayun,berderai lah segala isi.

Kan dah kata,nak seksi sikit,bukan smpai orang boleh cuit isi kotak tu,jadi,kita tutup apa yang kita dah tebuk tu dengan sekeping plastik clear/jernih.

 Kejap,apa pulak yang pink ni?Ni merupakan sentuhan akhir untuk Upper Body kotak kita tu.

 Selepas kita dah lipat ikut saiz yang kita nak,jadilah macam ni.Selepas tu kita boleh tambah sedikit unsur design dengan menggunakan craft puncher.Bagi yang x ada craft puncher,boleh design dan potong secara manual.Nak rajin takpe,kalau x rajin,biarkan aje kosong.

 Macam ni lah rupanya bila kotak kita tadi selepas dicantumkan dengan Upper Body dan selepas keseluruhan badan kotak itu di balut dengan warna yang kita pilih.

 Silver lining ni sekadar hiasan.

 This is the finish product.


Ni la si kotak seksi selepas dah di isi dengan botol tadi.

Inilah rupanya botol yang akan di isi di dalam hexagonal box tu.

16 Sep 2013

Tips : Cutter Blades

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Hari ni kita akn cerita pasal mata pisau.Ye la,kalau mata pisau dah tumpul,memang x ade sebab untuk kenapa kita nak simpan,kan?



Ni antara mata pisau yang kita selalu jumpe kat kedai stationary.Mata pisau yang kalau tumpul,kita boleh patahkan dan buang.Tapi jenis ni kalau kita nak potong design yang halus,agak jenuh.Jadi,solution dia,sila jenguk bawah.




Mata pisau ni lebih sikit condongnye dari gambar di atas.Bagi memudahkan kerja,dinasihatkan beli lah mata pisau jenis ni.

Harga mata pisau yang 1st mau pun y 2nd,tidak lah mahal sampai menggigil.1 paket mengandungi 5 bilah mata pisau,dengan range harga RM 1.20 hingga RM 2.50 ikut tempat.

Nota : Jenis yang berbeza boleh bagi result yang berbeza,kalau nak tau,cuba sendiri. :D
 

9 Sep 2013

Tips : Pisau (Cutter)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Ihsan Incik Goole
 Pernah dengar x crafter cutter?Kalau x pernah kat sini dah sediakan contoh.Ok,bagi sesiapa yang baru berjinak-jinak dengan kraft,korang x semestinya kena buat hukum wajib beli.Mula dengan budget yang sesuai dengan poket,okayh?Simple kan?



Ini adalah cutter yang aku guna untuk mejoriti kerja-kerja dalam Ammara Ahwaz.

Tips 1 : Pilih cutter yang sesuai dengan kerja yang hendak kita lakukan.Aku nasihatkan beli la yang saiznye kecik sedikit sebab pisau yang 2kali ganda dari saiz ni,besar dan susah nak memotong benda halus.

Tips 2 : Beli mengikut keperluan,bukan ikut mana lagi cantik.Siapa pulak kata lagi cantik lebih elok?

Tips 3 : Beli ikut budget.Tak perlu dikejar kan terus yang mahal.

Nota : Asal korang jangan buat kerja beli pisau yang harga 20sen atau 50sen.Kurang selamat untuk mereka yang masih belum biasa bermain dengan cutter kerana matanya x boleh dilaras.Silap2,jari jadi makanannya.Good luck guys!


2 Sep 2013

Tips : Multi Purpose Glue

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Kali ni,aku nak share sedikit tips mengikut keselesaan aku.Bagi sesetengah crafter,mereka lebih gemar gunakan gam Elmers
Ihsan Incik Google
 Tapi untuk aku,apa sahaja yang mudah aku capai kat mana-mana,benda tu dah cukup.

 Gam serbaguna ni memang terkenal dengan teksturnya yang pekat likat dan kurang harum.Pada kebiasaannya bila hendak digunakan pada permukaan yang besar,kita terpaksa menggunakannya dengan banyak.Nak sapu pun likat semacam dah ha..

 Tips mudah adalah:-

a) Sediakan 1 bekas yang bertutup untuk mengelak gam ni dari kering free.

b) 2/3 bahagian gam + 1/3 bahagian air.(ikut saiz bekas simpanan kita tu la)

c) Kacau pun boleh,goncang pun boleh.Asalkan sebati.

d) Pastikan selepas guna,tutup rapi.Jadi kita boleh guna banyak kali tanpa membazir.

Gam ni akan jadi kurang likat,tapi tak bermakna kurang melekat.Okayh?


Nota:Selamat mencuba,aku cuma kongsi apa yang aku rasa mudah :D