29 May 2013

Pop-Up-Card (Qysya Amalyn)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Setelah sekian lama menyepi kini Ammara Ahwaz muncul kembali dengan beberapa projek kertas. Macam biasa,Ammara Ahwaz masih newbie so sebarang komen membina kami terima dengan rasa terbuka.

Ok jom terjah serba sedikit projek ready-stock dari Ammara Ahwaz. Sebelum tu, sorry again sebab belum lagi upload frame gambar. Dah siap cuma belum watermark dan tak sampai masa lagi nak dimuat naik. 

v
v
v
v



"Bunga bukan sekuntum..kumbang jugak yang sekor"



Kenapa projek ready stock?
Sebabnya bunga mawar dan bug tu dah pun Ammara Ahwaz siapkan banyak-banyak sebelum dapat tempahan kad ni.
Bunga tu Ammara Ahwaz tengok tutorial di YouTube dan bug tu pula ada tutorial di pinterest.com.
Macam yang Ammara Ahwaz selalu kata, jangan susahkan kerja anda. Diluar sana banyak reference yang dapat digunakan. Gunakan seeloknya. Jangan la sekadar copy dan paste ke entry korang tanpa korang buat sebarang perubahan atau mencuba. Tu dah jatuh kepada status suka meng'copy dah. 




Ammara Ahwaz membawa konsep girly untuk kad ni. Disebabkan kad ni untuk newborn lil-princess so nak la buat salah satu watak dalam cerita bedtime stories yang selalu mummy-mummy cerita untuk anak mereka. Watak pilihan Ammara Ahwaz adalah Cinderella.
Melambangkan seorang gadis yang cekal dan sabar. Kerana kesabarannya, dia mendapat ganjaran yang sangat diluar jangkaan. Maka berbahagialah dia dengan Puteranya hingga akhir hayat. 
Hold peeps...hold..ni bukan segmen cerita kanak-kanak. Ini selingan.

Cinderella - pumpkin 
So untuk baby kami memilih pumpkin carriage. Same function dengan crib cuma kami imagine bentuknya cantik sikit.
So hasilnya diatas ni la.
Kami print template (boleh search video di YouTube juga). Macam korang tahu la, kami masih newbie. Untuk kami cipta memang belum sampai masa lagi. Buat masa sekarang,kami memilih untuk menikmati benda sedia ada dan ditambah perisa dengan idea tambahan kami sendiri.


Kad ini selamat diserahkan kepada Preternatural Touch untuk attach sekali dengan hadiah untuk lil-princess yang bernama Qysya Amalyn. Semoga Qysya menjadi anak harapan keluarga dan berjaya di dunia dan akhirat. Berbakti untuk kedua ibu bapanya,menjadi anak solehah dan seterusnya seorang isteri yang mampu mendidik anak-anaknya dan menjaga suaminya dengan baik. Lambat lagi? Ye lambat lagi, ini doa dan harapan..semua ibu bapa mahu yang terbaik. 

*grin 

Sampai disini dulu. Salam istirehat.. =)

Nak cakap I : agak-agak rajin ke lepas ni nak upload frame? Nak bagi masa berapa lama untuk kami upload? Seminggu? =)

Nak cakap II : buat dengan ikhlas,walaupun hasil kita tidak sehebat hasil si expert tetapi bila ikhlas..si penerima pun akan terima dengan senyuman.

Nak cakap III : mulakan dan akhiri dengan bismillahirrahmanirrahim. Niat buat semua kerja baik kerana Allah S.W.T...insya-Allah berkat.





No comments: