28 Jul 2013

Tools : Clay

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
 
 
Macam satu virus bila semua berquilling , nak jugak aku quilling. Bila part clay datang, mula la gatal tangan nak try jugak. Tapi entry ni bukan juga entry show - off, nanti skill aku dah overload aku buat entry show off eh. Ni cubaan pertama nak buat benda dari clay. Tema apa pun entah kemana, just cuba guna acuan yang ada je.
 
 
Mula-mula aku beli clay starter kit dari Shirly, aku bagi budget kat dia below RM100. Tapi rasanya gambar tu takde dalam gambar-gambar kat bawah ni. Budget below RM100 tu untuk buat pluggy telefon.
 
 
 
Ni gambar kat bawah aku beli kat kedai lain. Jom tengok.. macam biasa la adik-adik, rasa nak buat sila cari tools under budget korang.
 
 
 
 
 
Selain dari korang gentel pakai jari korang yang mulus tu, guna juga benda ni untuk smack down bahagian mana yang perlu di betulkan.
 
 




 
Ni acuan yang aku beli. Kalau di Kinokuniya, korang boleh dapatkan dalam kotak. Satu set, arahan dalam bahasa Jepun. Siap la dengan clay sekali.
 
 

 
 
 
Baru Nampak gambar tak particular. Ehem..
Ok ni je stok clay untuk newbie macam aku. Beli banyak pun kalau takde masa nak buat, takde faedah jugak kan?
 
 
 
Nak tengok jugak ke yang aku buat? Ala tak lawa pun,baru je nak buat kan..tema hentam kromo je. Ni under state project and not on-going anymore!
 
 
 
Gelak la..gelak..kan dah cakap ni bukan entry show off. Jaga korang, nanti dah lawa aku show off eh. Haha..
 
 
 
 
Tips : Tak perlu nak beli clay mahal semata nak lembutkan tangan korang untuk gentel jadi bentuk. Beli je clay adik-adik korang main tu dulu. Tak perlu la jenama Play Doh..poyo ah korang ni =P . Beli dalam kotak panjang tu. Kalau nak lagi jimat, silakan buat pakai tepung. Nak cara buat ke?
 
 
 
 
 
 
BAHAN-BAHAN:
* 2 cawan tepung gandum
* 1 cawan garam halus
* 1 cawan air
* 1 sudu makan minyak minyak masak.
* Beberapa warna jenis pewarna makanan
 
Cara-cara membuatnya:
* Campurkan tepung,garam dan air di dalam mangkuk. Kemudian tambahkan minyak masak untuk mengelakkan doh menjadi keras.
* Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil mengikut jumlah warna yang disediakan,selepas itu titikkan beberapa titik warna bagi setiap bahagian.Warna ikut selera masing masing. Kemudian uli sehingga warna rata.
* Setelah itu, simpan doh yang telah siap di uli dalam bekas yang kedap udara.
* Doh ini boleh digunakan untuk aktiviti didalam kelas sama ada membentuk huruf dan nombor atau objek lain
 
 
Cara buat dah bagi, alternative tools dah bagi. Kalau bagi alas an lagi,tak tahu nak kata la..Memang nak je aku hadiahkan ... heee..Ok bye!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments: