27 Jul 2013

Tools : Paper Craft

 
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
 
Kesibukkan keteramatan nyee pun! Pulak..
 
Ok entry kali ni tentang tools. Lebih tepat lagi craft tools. Ramai yang duk borak pasal harga tools yang mahal nak maaa untuk satu-satu barang. Aku pun tak la beli yang mahal,murah-murah saja kalau nak dibandingkan dengan tools jenama lain. Dah lama beli tapi baru update, ni bukan sesi show off tapi sesi ubah mind-set.
 
 
 
Mula - mula sekali kita masuk bab puncher. Kenapa orang tak beli puncher murah? Kenapa nak jugak jenama mahal. Pernah dulu aku nak beli jenama yang biasa-biasa a.k.a jenama pasar malam, kawan aku kata tak payah beli jenama pasar malam. Sekejap je pakai, terus je stuck dan bergerigi katanya.
 
Adik-adik, jika anda buka kilang buat kad memang betul perlu beli yang mahal untuk long-term. Tapi jika sekadar purata kad anda 20 keeping sebulan, masih boleh beli jenama biasa. Ini kerana *macam buat karangan* bila adik-adik letakkan satu alasan untuk berkraf kerana harga tools, minat adik-adik akan terhenti disitu. T_T
 
Jangan payahkan,senangkan ye?
 
 

 
Yang ni aku beli dengan crafter yang jual loose punya. Dual - function craft puncher.
 
 
 

 
Yang ni pula mini craft puncher satu set dengan mini paper embossed.  Ni aku beli di Popular.
 
 
 
 
Ni pun beli dengan crafter juga secara loose untuk punch tepi.
 
 
 





 
 
Ni satu set craft puncher yang aku beli. Harga masih lagi boleh dikatakan berbaloi. Aku dapat dalam +- RM100. Kalau di Kinokuniya, harga puncher ni cecah RM200. Hambik! Banyak juga la dapat untuk satu harga tu.
 
 
 
 
 

 
 
Paper emboss yang warna ungu tu mesinnya. Warna oren dan biru tu alat ganti untuk emboss lain corak. Ni pun beli di Popular harga dah lupa tapi masih berbaloi.
 
 
 
 

 
Paper shredder korang baik beli yang saiz A4 punya. Tak renyah kerja. Ni pun beli dengan crafter , harga siap pos around RM65.

 
 

 
Gunting kraf, hujung boleh cabut so boleh la pilih nak guna yang mana. Ni harga pun berbaloi dalam RM20++.
 
 
 
Tips : Jangan beli semua benda serentak,memang la jantung korang terkejut. Beli satu-satu dan pastikan under budget korang la.


2 comments:

NFGirls Fashion said...
This comment has been removed by the author.
Rana Razin said...

Assalam sis..blh tnye bli d mn ye set hunting tu..
Senang ble semua dlm satu..