16 Nov 2013

Tutorial:Kusudama Flower (Bookmark)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Kusudama? Apa tu?


Perkataan itu sendiri adalah gabungan dua perkataan Jepun iaitu Kusuri bermaksud perubatan, dan Tama pula membawa maksud bola. Kusudama ni berasal dari budaya Jepun purba, dahulunya benda ni digunakan untuk kemenyan dan potpourri, mungkin asalnya yang sebenar tandan bunga atau herba. Tapi sekarang ni orang buat hiasan ataupun sebagai tanda kenang-kenangan. (Cilok di Wiki dan olah sedikit)

Kalau kita ni, sebut je bunga origami, tau je. Cuma pattern jelah berlainan. *Mula nak berbelit dah ayat, tengah distracted. =.="

Bahan-bahan :

- Kertas ikut suka warna apa
- Gam
- Pembaris
- Gunting / cutter

* Juga diperlukan banyak kesabaran.



So ikut ukuran yang korang suka. More inch or cm will produce bigger size. Tapi bigger size tak berapa cun kot. 

Mula-mula buat segi empat tepat.
Kemudian lipat dua, jadikan bentuk segi tiga.



Siap part atas. Untuk memudahkan pula, posisikan kertas korang macam dalam gambar. Segi tiga.



Lipat seperti dalam gambar. So kertas korang akan jadi mini segi empat tepat.





Part ni kalau AA tak terangkan rasanya faham tak?
Sebab AA tak reti nak terangkan.

Erm.. Gambar atas tu, bahagian terlipat tu "terkangkang" kan? Soguna jari mulus lagi runcing korang tu, tolak bahagian garisan berlipat kebawah. (Faham ke tak eh? Kesian korang T_T )

Bagi jadi macam dalam gambar ni.





Hujung tajam tu, lipat turun ke bawah.
Macam dalam gambar.



Lepas lipat kebawah, lipat dua pulak macam dalam gambar tu jugak.
Rasanya aku tak perlu taip,korang faham kan? Kan?
Pandai... =)



Gulung dan gamkan.
Jadi satu kelopak.
Buat 5 kelopak, standard bunga.






Cukup 5 kelopak, maka korang pun cantumkan la. Jadi bunga! Haha..suka dah bila hasil mula nampak. Ada yang dah lenguh menggulung kelopak ke?
Sesungguhnya ini kerja orang yang takde kerja. Haha





Side view 





Ingat tak tempoh hari AA ada update bookmark? 
Siapa tak ingat dia nyanyuk..
Hoho.. 





Ni contoh bookmark tu digunakan. Nampak dah? 
Haa gini la..jenuh.





Bila bergabung macam ni, nampak macam bola pulak dah kan. Cuma Kusudama Ball (macam pelik je jamak perkataan bola, Kusudama pun dah bawa erti medicine ball dah). 



Ni AA jadikan car charm. AA cucuk Kusudama dengan lidi,bawah tu bebola dari paper strip. Dan tambah reben. Terbuat lebih paper strip ball dan Kusudama.



Sampai disini saja. Tak jelas tutor ni, boleh refer YouTube. 
Chaiyok!!!
Buat dengan sabar, kalau tak karang ada yang pakai baju lengan panjang ikat belakang. =)

Ok la, AA chow dulu. Naik kematu dah rasanya duduk je. Tata.

No comments: