9 Nov 2013

Tutorial:Top Angle Bookmark

Assalamualaikum w.b.t.

Hey..hey..wale..wale... *mood Deepavali masih ada, happy semacam pulak nampaknya. Seram pun hadoo!
Ok, rindu berjuta-juta lemon dah nak update walaupun rasanya blog ni takde yang singgah pun. Kelas kau AA, bajet retis dan takde yang nak marah.. yang annoyed ramai. Haha.

Ok hari ni nak update pasal bookmark. *terang tang..tang kat title tu ada kan.

Jom mula. 

####


Sediakan bahan-bahannya : (Basic)

- Kertas A4 dengan warna pilihan korang.
- Cutter
- Pembaris
- Gam


Untuk ambil saiz A4 rasanya too big. Ingat... kita nak buat penanda hujung buku bukan nak buat topi bang/kak/dik =P .

So buat segi empat tepat, ukur 12 cm tepi..tepi..tepi...tepi. 
Siap? 





Seterusnya, potong dua macam dalam gambar di bawah. Jadilah segi tiga pulak.
Siap?

 



Untuk memudahkan korang, tengah-tengah segi tiga tu buat tanda sikit.
Ini kerana korang kena buat segi empat di tengah-tengah tu (refer gambarsegi 3 belum berlipat. Nampak tak ada bekas karbon pensel tu?)
Dan lipatlah jadi macam dalam gambar yang dah berlipat tu.
Siap?






Kemudian, part seterusnya ni tak wajib. Kenapa dikatakan x wajib? Sebabnya kalau korang tak nak potong takpe, nak potong pun takpe. Kalau potong, ini bermakna bila korang guna bookmark ni nanti, hujung kertas buku korang tu still korang nampak. Kalau tak potong maknanya kertas muka surat tu keseluruhannya ada di dalam bookmark tu.

Ok, untuk design kali ni AA potong sebabnya hati AA terdetik yang kertas tu minta dipotong. *Eh..eh boleh pulak..



Ok,kalau potong jadi macam ni. 
Potong mencuram sedikit.






Kertas putih bahagian luar tu sampingan yang AA guna puncher penjuru. So nampak la design sedikit.
Ni tak wajib ok. 
Boleh juga korang ambil paper strip dan tampal, so jadi la berbelang.
Ikut kretiviti korang. Sebabnya base wajib dah pun korang dapat.
Cumanya pada part atas sekali tu (refer gambar : kertas warna putih), korang jangan gam seluruh. Gam bahagian tepi ke bawah je. Sebab kertas putih tu nanti korang akan guna untuk selit kertas buku tu. 
*Ayat berbelit la..ala...macam pelik je..macam pelik je...





Ni sedikit penambahan yang AA buat.
So bahagian ada reben tu adalah part kertas muka surat buku tu akan terkeluar.

Siap!!




Sebenarnya AA kesian dekat korang. Sebab baca tutorial yang memeningkan. Tapi apapun,tahniah sebab tahan sabar dan tahan jiwa. =.="


Terima kasih




No comments: