23 Nov 2013

Tutorial:Quilling Ball (Bookmark)


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Tengah tak ada kerja ni, so kita up tutorial la eh. Hari ni tutorial bola kertas. Bebola dari paper strip yang dah shredd. Kalau bola kertas biasa tu, korang ambil kertas gumpal-gumpal pun dah boleh jadi bola. =P

Bahan-bahan yang diperlukan :

- Paper strips
- Gam


Ok dah, jom mula.


Ambil paper strip ni, dan gulung kemas. Siap satu paper strips, ambil strips lain dan tindan sehingga menjadi sekeping besar (mula nak berbelit dah)






Buat banyak-banyak terus. 
1 bola perlukan dua keping besar ni ye.
Untuk saiz bebola yang AA buat ni, AA guna 13 paper strips untuk sekeping besar. 




Kemudian, cari apa-apa barang yang hujungnya membulat. So korang boleh guna untuk tolak kepingan tadi membentuk melengkung macam dalam gambar. Boleh juga guna jari tapi kalau ibu jari tu kecil, korang batalkan jelah niat suci murni tu. 

Lepas tolak kedua-dua belah keping , korang pun letak la gam di permukaan bawah dan cantumkan membentuk sebiji bola.

Siap? Dapat? Hah sesat?! Ulang baca balik..





Lepas siap boleh la buat final touch-up macam punch bentuk2 comel untuk dilekatkan ke.
Ni suka hati korang, atas kreativiti korang.
Macam-macam mana pun boleh.

Then korang spray la clear or letak sealant ke nak bagi kalis air dan keras. Tak la cepat rosak kan.





Hari tu buat benda ni untuk gantung pada hujung penanda buku.
So AA cucuk masuk besi-besi ni (hook eye? entah apa nama..) untuk gantung.
Ni saja-saja je ye, sebab tutorial bebola dah pun berakhir pada gambar atas tadi.



Ok, masuk riben semua dan gantung pada penanda buku. 
Penanda buku ni korang boleh dapatkan tutorial DISINI .





Bookmark ni dah pun selamat sampai ke tangan tuannya.
Harap-harap puas hati la ye Cik Penulis.
AA doakan Cik Penulis berjaya di dunia dan juga akhirat.




Sampai disini saja ye.
Jumpa lagi pada entry yang akan datang.
Sayonara =D

1 comment:

Mashitah Saidin said...

salam,

gila kreatif!

by,
mashe.
(if u remember me)
hehehe :)