19 Feb 2013

Basic Tools

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum.

Ni bahan yang mungkin wajib  ada untuk buat quill yang aku ada.
Seperti dalam entri lepas aku kata, jangan sulitkan keadaan.
Guna apa yang ada ok?



Cutting Mat

Ni namanya pun cutting, tempat nak cut-cut lah kan. Kalau tak ada,boleh ambil guna block kayu yang nipis ke. Tapi jangan pernah cuba buat cutting mat atas meja makan atau meja kopi kat rumah. Try lah kalau nak rasa kertas tu dicarik-carik dan sekali dengan korang melayang dek tendangan maut mak korang. 




Pembaris Besi

Ni pembaris. Aku terfikir sesuatu semasa menaip sekarang ni, untuk apa aku cakap ni pembaris kan? Macam korang tak kenal. Haha.. ni boleh juga buat tibai bontot adik korang yang menggedik nak pergi musnahkan karya-karya korang. 




Circle Template

Pernah tengok benda macam ni untuk quilling kan? Ni untuk standardized saiz quilling korang. Tapi tak semua mampu untuk beli benda tu sebab harganya agak menarik. So pernah tengok pembaris budak-budak yang ada benda ni? Area situ juga akan ada benda ni, pelbagai saiz dan harganya pun tak semahal tools original untuk quilling. Ingat ayat aku atas-atas tadi? Jangan sulitkan keadaan. Mudahkan.. 




Oval Template

Ni bentuk bujur, atas tadi bulat. Boleh bezakan kan? Ohh,aku dah rasa aku tengah mengajar budak-budak dalam kelas pemulihan pulak dah. Sorry korang..haha.




Gam Serbaguna

Elmer's Glue tu, bagi yang mampu silakan tapi bagi aku boleh je guna gam macam mana pun. Asal fungsi gam tu bagus. 




UHU Stick

Ni untuk lekatkan yang biasa-biasa ye. Dan hujung gam tu sebenarnya aku pernah guna untuk quilling sebab aku nak saiz besar hujung gam ni. So aku dapat saiz yang sama semua. Jangan sulitkan, guna apa yang ada.




UHU

Macam-macam jenis gam,cuma aku belum guna gam cap gajah lagi. Gam paip pun belum. UHU hanya kena hati-hati dengan melekat tu je supaya tak comot kerja korang.





Pisau

Cutter, untuk guna potong board atau kikis gerigi board. Dan juga ketika buat manual paper strips.




Mata Pisau normal;45 degree

Bezanya adalah pada hujung mata pisau tu. Kegunaan atas kesesuain. Pisau mana-manalah yang korang rasa sesuai asal tak ambil parang laki korang buat guna siang daging masa korban sudah.





Gunting

Gunting suka hati sebab bukan potong kain, potong kertas kan. Ada puncher comel-comel pun boleh kalau tak nak guna gunting yang bentuk-bentuk kerawang tu. Atas kehendak masing-masing.





Pengacip

Ni kadang-kadang akan ada la bekas-bekas gam yang dah nampak gaya macam berbulu hasil kerja korang, boleh guna benda ni. Cuma aku jarang guna, upload pun alang-alang benda ni depan mata. Tak upload karang benda ni merajuk, rasa terpinggir..




Pengepit

Tweezer *betul ke tak panggilnya ni,bila Google tweezer ada juga yang panggil penarik bulu ketiak tu tweezer*. Ok benda ni untuk ambil dan susun quilling paper yang sudah dibentuk. Mungkin benda tu nak diletakkan di ruangkan kecil , jadi boleh guna benda ni. Dan untuk kegunaan lain juga.


Nak cakap I : jangan sulitkan jika situasi tu mudah je. 
Nak cakap II : aku lupa snap gambar Mount Spray Adhesives dan Clear Spray yang aku guna.



No comments: