19 Feb 2013

Brg Bantuan(Alternative quilling tool) #1

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum.

Hari ni aku nak tunjuk macam mana buatnya bahan alternatif untuk quilling.
Seperti yang korang tahu alat yang original quilling tu *boleh Google kalau tak tahu* , saiznya kecil dan tangan lelaki aku ni macam baisa lebar. 
Jadi tak selesa dan sangatlah tak best bila nak gulung sebabnya benda tu ada dalam telapak tangan.



Chopstick pakai buang!

Mudahkan,jangan susahkan ok? 






Lihat pada hujung, tebalkan? Jadi kat sini kerja korang bermula untuk hasilkan tools untuk quill.





Guna cutter, hati-hati supaya tangan tak tercedera. Bagi hujung macam dalam gambar. Kedalaman atas kehendak korang.


Ok tu sahaja dulu, lain kali aku tunjuk yang lain-lain pula. Mudahkan, jangan payah. Tak perlu nak show-off dengan tools hebat-hebat. Aku amatur jadi tak perlu aku nak perfect semua segi, yang penting interest aku terhadap benda ni berjalan.


Nak cakap I : seni itu walaupun kau gumpal kertas dan tampal,jika ketika kau tampal itu kau punya rasa untuk menghasilkan sesuatu, itu juga seni. 

No comments: