18 Feb 2013

Barang Bantuan ^_^

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Entri lepas tentang keras tangan untuk buat projek quilling untuk AIH. 
Hari ni aku update tentang barang-barang untuk quilling ni.





Paper Colour

Untuk shredd kertas aku selalu cari kertas yang 80gsm. Tu pun aku guna hand power punya, kalau korang guna yang gedabak besar hingga kad pengenalan pun hancur tu, boleh guna kertas yang 100gsm atau lebih la.



Manual Paper Strip

Kalau korang guna paper shredder, korang akan tahu yang bahagian tepi tu agak bergerigi *betul ke ayat ni?
So ni time rajin boleh la buat manual macam ni atau guna paper trim / paper cutter. Tapi naik lenguh juga buat manual ni. Kena ada orang tersayang kat tepi baru semangat sikit nak buat..





Ni yang telah dipotong. Susun terbaik punya. Ni sebelum buat kerja, cuba bayang kalau buat kerja dengan rush.. Messy jugak la. Ikut hati lepas buat, cekup masuk bekas terus je. Ni lebih kepada stok la, letak tepi. Nak guna ambik je.




Ni aksesori tambahan. Aku tak banyak aksesori, ni pun cilok ibu punya, baki ibu buat ikat langsir je. Kira ok lah kan?






Handmade compartment box

Ni guna mounting board, phuuu...kerja keras betul. Lepas siap boleh letak strip kertas tu ikut warna. Bila letak macam ni,senang nak buat tone nanti.





Drawing Circle Template

Ni kira dah alternative tools dah ni. Apa je yang korang rasa membantu, sila guna. Mohon jangan sulitkan benda senang. =)


Nak cakap I : quilling tu try and error. Bahagian tengah tak loose,so nampak tebal. Ikut tekak masing-masing nak macam mana.

No comments: