19 Feb 2013

Brg Bantuan(Alternative quilling tool) #1

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum.

Hari ni aku nak tunjuk macam mana buatnya bahan alternatif untuk quilling.
Seperti yang korang tahu alat yang original quilling tu *boleh Google kalau tak tahu* , saiznya kecil dan tangan lelaki aku ni macam baisa lebar. 
Jadi tak selesa dan sangatlah tak best bila nak gulung sebabnya benda tu ada dalam telapak tangan.



Chopstick pakai buang!

Mudahkan,jangan susahkan ok? 






Lihat pada hujung, tebalkan? Jadi kat sini kerja korang bermula untuk hasilkan tools untuk quill.





Guna cutter, hati-hati supaya tangan tak tercedera. Bagi hujung macam dalam gambar. Kedalaman atas kehendak korang.


Ok tu sahaja dulu, lain kali aku tunjuk yang lain-lain pula. Mudahkan, jangan payah. Tak perlu nak show-off dengan tools hebat-hebat. Aku amatur jadi tak perlu aku nak perfect semua segi, yang penting interest aku terhadap benda ni berjalan.


Nak cakap I : seni itu walaupun kau gumpal kertas dan tampal,jika ketika kau tampal itu kau punya rasa untuk menghasilkan sesuatu, itu juga seni. 

Basic Tools

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum.

Ni bahan yang mungkin wajib  ada untuk buat quill yang aku ada.
Seperti dalam entri lepas aku kata, jangan sulitkan keadaan.
Guna apa yang ada ok?



Cutting Mat

Ni namanya pun cutting, tempat nak cut-cut lah kan. Kalau tak ada,boleh ambil guna block kayu yang nipis ke. Tapi jangan pernah cuba buat cutting mat atas meja makan atau meja kopi kat rumah. Try lah kalau nak rasa kertas tu dicarik-carik dan sekali dengan korang melayang dek tendangan maut mak korang. 




Pembaris Besi

Ni pembaris. Aku terfikir sesuatu semasa menaip sekarang ni, untuk apa aku cakap ni pembaris kan? Macam korang tak kenal. Haha.. ni boleh juga buat tibai bontot adik korang yang menggedik nak pergi musnahkan karya-karya korang. 




Circle Template

Pernah tengok benda macam ni untuk quilling kan? Ni untuk standardized saiz quilling korang. Tapi tak semua mampu untuk beli benda tu sebab harganya agak menarik. So pernah tengok pembaris budak-budak yang ada benda ni? Area situ juga akan ada benda ni, pelbagai saiz dan harganya pun tak semahal tools original untuk quilling. Ingat ayat aku atas-atas tadi? Jangan sulitkan keadaan. Mudahkan.. 




Oval Template

Ni bentuk bujur, atas tadi bulat. Boleh bezakan kan? Ohh,aku dah rasa aku tengah mengajar budak-budak dalam kelas pemulihan pulak dah. Sorry korang..haha.




Gam Serbaguna

Elmer's Glue tu, bagi yang mampu silakan tapi bagi aku boleh je guna gam macam mana pun. Asal fungsi gam tu bagus. 




UHU Stick

Ni untuk lekatkan yang biasa-biasa ye. Dan hujung gam tu sebenarnya aku pernah guna untuk quilling sebab aku nak saiz besar hujung gam ni. So aku dapat saiz yang sama semua. Jangan sulitkan, guna apa yang ada.




UHU

Macam-macam jenis gam,cuma aku belum guna gam cap gajah lagi. Gam paip pun belum. UHU hanya kena hati-hati dengan melekat tu je supaya tak comot kerja korang.





Pisau

Cutter, untuk guna potong board atau kikis gerigi board. Dan juga ketika buat manual paper strips.




Mata Pisau normal;45 degree

Bezanya adalah pada hujung mata pisau tu. Kegunaan atas kesesuain. Pisau mana-manalah yang korang rasa sesuai asal tak ambil parang laki korang buat guna siang daging masa korban sudah.





Gunting

Gunting suka hati sebab bukan potong kain, potong kertas kan. Ada puncher comel-comel pun boleh kalau tak nak guna gunting yang bentuk-bentuk kerawang tu. Atas kehendak masing-masing.





Pengacip

Ni kadang-kadang akan ada la bekas-bekas gam yang dah nampak gaya macam berbulu hasil kerja korang, boleh guna benda ni. Cuma aku jarang guna, upload pun alang-alang benda ni depan mata. Tak upload karang benda ni merajuk, rasa terpinggir..




Pengepit

Tweezer *betul ke tak panggilnya ni,bila Google tweezer ada juga yang panggil penarik bulu ketiak tu tweezer*. Ok benda ni untuk ambil dan susun quilling paper yang sudah dibentuk. Mungkin benda tu nak diletakkan di ruangkan kecil , jadi boleh guna benda ni. Dan untuk kegunaan lain juga.


Nak cakap I : jangan sulitkan jika situasi tu mudah je. 
Nak cakap II : aku lupa snap gambar Mount Spray Adhesives dan Clear Spray yang aku guna.



18 Feb 2013

Keras Tangan #2

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Projek keras tangan kedua yang dimasukkan dalam blog.
Kad sebenarnya ni..
Kawan punya..
Ermm..
Layan...







Comot lagi gam, abaikan eh. ;)







Depan kad ni plastik ye korang. Dan tampal atas kertas kad.




S & Q

Perlu ke aku taip nama mereka? Eh karang skandel masing-masing meroyan pulak dah..




Nampak hitam belakang tu? Tu adalah board ye kawan-kawan. Boleh bayang kerja keras kat situ macam mana? Board kawan-kawan.. Sebabnya aku nak buat double function card. Boleh letak macam frame, dan boleh buka macam kad. Semua teknik kick aku guna untuk bentukkan kad tu supaya tak jongkit naik. Back kick, forward kick, flying kick dan juga free kick. 




"If it is your time, love will track you down like a cruise missile",Linda Barry.




Spiral love? Ke apa ni.. entah apa asal tersambung tak kisah lah.
Ni ada maksud ni. Nak menunjukkan 'love' tu sentiasa diteruskan oleh si S ni walaupun si Q jual mahal. Sentiasa mengalir, cenggiteww... ~~



Simple tapi leceh part board tu. Dan nak termuntah buat quill S & Q tu. Burp~!
1001 makna disebalik kad.

Thanks S & Q sudi jadi tukang request. 
Aku charge atas berapa % rasa mual ye? 


Nak cakap 1 : hargai setianya orang tu selagi dia masih ada dan setia menunggu. bila dia pergi, jangan pernah merungut lagi.



Barang Bantuan ^_^

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Entri lepas tentang keras tangan untuk buat projek quilling untuk AIH. 
Hari ni aku update tentang barang-barang untuk quilling ni.





Paper Colour

Untuk shredd kertas aku selalu cari kertas yang 80gsm. Tu pun aku guna hand power punya, kalau korang guna yang gedabak besar hingga kad pengenalan pun hancur tu, boleh guna kertas yang 100gsm atau lebih la.



Manual Paper Strip

Kalau korang guna paper shredder, korang akan tahu yang bahagian tepi tu agak bergerigi *betul ke ayat ni?
So ni time rajin boleh la buat manual macam ni atau guna paper trim / paper cutter. Tapi naik lenguh juga buat manual ni. Kena ada orang tersayang kat tepi baru semangat sikit nak buat..





Ni yang telah dipotong. Susun terbaik punya. Ni sebelum buat kerja, cuba bayang kalau buat kerja dengan rush.. Messy jugak la. Ikut hati lepas buat, cekup masuk bekas terus je. Ni lebih kepada stok la, letak tepi. Nak guna ambik je.




Ni aksesori tambahan. Aku tak banyak aksesori, ni pun cilok ibu punya, baki ibu buat ikat langsir je. Kira ok lah kan?






Handmade compartment box

Ni guna mounting board, phuuu...kerja keras betul. Lepas siap boleh letak strip kertas tu ikut warna. Bila letak macam ni,senang nak buat tone nanti.





Drawing Circle Template

Ni kira dah alternative tools dah ni. Apa je yang korang rasa membantu, sila guna. Mohon jangan sulitkan benda senang. =)


Nak cakap I : quilling tu try and error. Bahagian tengah tak loose,so nampak tebal. Ikut tekak masing-masing nak macam mana.

13 Feb 2013

Keras Tangan #1

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Hasil keras tangan in progress..


Lepas fikir design macam mana nak buat, pilih warna yang sesuai proses seterusnya ni yang makan masa lama sikit. Proses untuk buat quill ni banyak-banyak. Masa ni mata berpinar, loya nak muntah semua ada. Kertas ni agak lebar sebab lebih dari 3mm.


Gam yang sesuai untuk quilling selalunya si expert guna yang jenama Elmer's kalau tak silap. Yang ni UHU, godek jumpa dalam kotak. Boleh guna cuma kena hati-hati sebab lekatnya terlebih. Yang pasti jangan guna gam cap Gajah sudah.



Kertas putih kat bawah tu design kononnya. Atasnya tu plastik, terserah plastik apa yang keras sikit. Yang pasti aku tak guna "jabir rokrak" @ "supik glenya". Ni atas kreativiti sendiri nak atur macam mana, aku malas nak fikir banyak so aku just atur sebaris-sebaris macam tu je. Lagipun ni cubaan pertama kan..


Ok, try and error.. Nampak kan aku guna plastik apa tu? Plastik cover document..


Ni setelah di frame. Frame tu aku guna mounting board. Leceh tapi ok lah kan. Try and error lagi sekali. Bahagian belakang ada macam bentuk A as tongkat. Aku upload lain kali ok? Lupa snap..



Ni untuk AIH.. Kawan aku,untuk hadiah birthday. So boleh letak merata...


Nak cakap I : Lepas tampal di plastik, aku spray guna clear.

Nak cakap II : Seni ni abstrak jadi keras tangan, gumpal dan lempar pun boleh jadi seni.

Nak cakap III : Jangan segan untuk try and error.